HOT!!! BEDAK TANAKA ORI MYANMAR 40g & 110g
Sekarang ni dah meletup la pula bedak sejuk dari Myanmar :) kalau dulu tak de org nak pandangkan . Tak pe la rezeki org myanmar skg permintaan amat tinggi. Walau apa2 pun bedak ni mmg mujarab utk rawatan jerawat :) . B4 ni aku pnh tgk mmbe kt tmpt kje lme pkai...nme dia Auns..lelaki...bdk Myanmar...suko sgt pkai bedak nie....aku tnya pehal...dia ckp bagus tuk kulit,,,,tp aku wt derk je...Dorg suka calit sikit2 je kt dahi dan pipi mcm kita pakaikan bedak kt baby. Hehe masa tu dia selalu offer katanya " baik utk kulit kaka" nt blk Myanmar sy beli untuk kaka....itu dah lme punyer citer.masa tu aku bru hbs spm tahun 2005.....nk kate bdak ni mmg dr dlu lg...cuma skg baru nk meletopssss kt Malaysia,,,itu pon sbb Nora Danish pakai...dia tahu la bdk ni mnjadi sbb mak dia asal sana... Hehe tp dlm hati mmg akui kulit dia org mmg gebu .
Bila Nora Danish pakai bedak sejuk..
Wow! Semua mahu ikut..
Jom cuba juga, kulit mulus bersih siapa yang tak suka..
Bedak Tate by D.E.A (edaran Danish Emphire Association) diperbuat daripada sumber alam semulajadi, kayu tanaka (sandalwood tree) yang sangat berkesan untuk :
- Kecutkan jerawat
- Haluskan kulit
- Cerahkan kulit
- Hilangkan jeragat
- Lembutkan kulit
- Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
- Pelindung cahaya matahari
- Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan
- Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation
Bedak ni bau lemon..sejuk je rase bile pakai..kalo cuci muka rase licin je pastu..daki2 pun blh tanggal time kita gosok nk cuci muka..mmg best!! Boleh pakai waktu siang sebagai foundation atau waktu malam sebagai bedak sejuk.
Boleh digunakan untuk semua jenis kulit berjerawat, sensitif, normal dan sebagainya. Sesuai untuk lelaki dan wanita...dewasa dan kanak-kanak.
CARA GUNA :
- Untuk jadikan sebagai foundation cuma sapukan bedak tanaka secara nipis dan rata ke seluruh wajah menggunakan jari atau span muka.
*Tips: Renjiskan sedikit air pada wajah sebelum dicalit bedak agar sapuan licin dan nipis
-Untuk jadikan sebagai bedak sejuk cuma basahkan jari atau ambil sedikit bedak tanaka, letakkan ke dalam piring. Campurkan ia dengan sedikit air (usah terlalu pekat/cair), kemudian sapu kan ke wajah. Biar kering 30 minit sebelum di scrub/cuci. Boleh juga di pakai sepanjang malam sewaktu tidur sebelum dicuci keesokannya.
Penggunaan bedak sejuk makin dilupai dengan kehadiran pelbagai jenis krim rawatan..
namun kini ia kembali diminati..
kaedah menghapuskan jerawat, bintik2 hitam/putih secara ramuan tradisi, asli dan semulajadi..
tiada cela, kulit gebu mulus seakan bayi..:)
CARA PAKAI :
1. Bedaknya padat so ambik sikit kat tangan
2. Add 5 titik air(jgn cair sangat)
3. Cairkan bedak tersebut
4. Ratakan pada seluruh wajah seperti masker
INFO
Untuk pengetahuan semua, Nana hanya menjual bedak tanaka yang bukan re branding by NORA DANISH yee. sebab sangat susah nak dapatkan stok ada sticker / brand NORA DANISH tu. kalau ada pun sangat mahal dan tak berbaloi, sebab yang bukan brand NORA DANISH ni pun sama je. ingredient 100% sama, bau 100% sama , warna 100 % sama , Kalau you ols nak tau, BEDAK TANAKA ni memang asal dari MYANMAR. So, yang NORA DANISH punya bedak tu pon asal dari Myanmar, ambil di tempat yang sama. Kilang sama, isi sama, bekas sama, kuantiti sama, kandungan sama, warna sama, & semuanyaaaaa adalah SAMA 100%!
Ok here's some explanation..Actually Bedak Tanaka yg 4 colour tu adalah
TANAKA ORIGINAL dari Myanmar...!!
4 colour tu terdiri drp 4 aroma
Hijau (Lemon) - sesuai untuk mencerahkan kulit,merawat jerawat kronik dan kulit pucat
Krim (Original) - sesuai untuk melembapkan kulit,merawat penuaan dan melembapkan kulit
** Bedak ini boleh digunakan untuk semua jenis kulit - berjerawat, sensitif, normal atau berminyak. Sesuai untuk lelaki dan wanita sama ada dewasa atau kanak-kanak.
** Boleh merawat kegatalan dan dijadikan scrub seluruh badan untuk menghilangkan kotoran, daki dan sel2 mati.
** Bedak tanaka - amalan warisan keluarga Nora Danish yang berasal dari Myanmar, kini mereka berkongsi rahsia dengan memasarkannya ke Malaysia..
Bedak TATE by D.E.A tu plak adalah Bedak Tanaka yg NORA DANISH re-branding and buat labeling ats nama dia. Kesimpulannye Bedak TANAKA ORIGINAL from Myanmar dgn Bedak TATE by D.E.A adalah SAMA...!! Bezanya hanyalah pd label...
So uollsss x pyh nk buat conclusion yg TANAKA tu fake and x btl la., TATE by D.E.A tu yg sbnrnye betul and ori la...,, padahal benda nye SAMA je yer.. Benda yg sama, kualiti yg sama tp harga berlainan. TATE by D.E.A mahal skt dr ORIGINAL TANAKA..,, sbb apa uollsss??? Sbb label and brand nye., Nora Danish knnnn..
Ini yang memang ORIGINAL yee, memang dah lama..cuma kurang popular kot. hehe
SAYA HANYA MENJUAL BEDAK TANAKA SEPERTI GAMBAR DIBAWAH SEBAB SEMUANYA SAMA HANYA HARGA DAN PELEKAT YANG BERBEZA. DAN READY STOK !
Nak buat pencerahan sikit ni sebelum hp dan wassapp meletup
Untuk pengetahun BEDAK TATE by DEA is jenama semata yee. Which is sama dengan BEDAK TANAKA from MYANMMAR juga. Ingredient 100% sama ! Bau 100% sama ! Tekstur 100% sama ! Dari KILANG yang sama ! Yang berbeza ialah JENAMA, STICKER, HARGA sahaja . hehehe
Perbandinganya lebih kurang mcm ni. ada pro and cont
Harga 40g BEDAK TATE by DEA = Harga 110g BEDAK TANAKA brand asli Myanmmar
Wahhhhh banyak feedback orang ramai pasai produk BEDAK SEJUK TANAKA ni. You know why? Produk ni lah rahsia kecantikan NORA DANISH tau! Nak tau apa itu TANAKA?
Kayu Tanaka ini sememangnya sudah terkenal sejak dahulu lagi di kalangan masyarakat luar. Ianya dipercayai boleh digunakan untuk tujuan melembutkan dan mencerahkan kulit muka.
Pada suatu masa dahulu, kayu Tanaka ini digunakan oleh golongan kerabat diraja disana untuk mencantikkan kulit.
Dipercayai kayu Tanaka ini berfungsi untuk melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik. Ia juga dapat menyejukkan, menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh.
Menariknya, kayu Tanaka ini mempunyai pelbagai fungsi. Setakat ini belum ada kajian saintifik lagi mengenai kayu ini. Tetapi di Malaysia sudah ada syarikat kosmetik yang menggunakan kayu Tanaka ini sebagai asas dalam kosmetik mereka.Tidak ketinggalan, negara seperti Singapura, Filipina dan Thailand sudah tidak asing lagi dengan bedak Tanaka.
Di Malaysia, Kosmetik berasaskan kayu Tanaka telahpun diiklankan di dalam kaca televisyen. Jika tidak salah nama kosmetik itu ialah Bio Essense Tanaka White.Yang tidak ada dalam iklan pun banyak juga.
Menurut masyarakat Myanmar, kulit kayu inilah yang mujarab digunakan sebagai petua untuk merawat dan mencantikkan kulit muka mereka. Tidak kira jenis kulit sensetif, normal, kombinasi, semuanya boleh menggunakannya tanpa was-was.Boleh juga digunakan kepada bayi baru lahir.Ianya tidak memudaratkan kulit.Kita lihat senario sekarang, ramai orang ingin kelihatan cantik dengan cepat tetapi produk yang digunakan semuanya mengandungi bahan kimia yang berbahaya.
Memang nampak cantik pada mulanya tetapi lama kelamaan kulit menjadi rosak. Jadi lebih baiklah kita sebagai pengguna bijak cuba beralih kepada bahan semula jadi seperti Kayu Tanaka .
Kayu Tanaka ini, diasah di atas batu untuk menghasilkan esen yang berwarna coklat seperti foundation yang boleh kita perolehi di pasaran. Esen itulah yang disapukan ke kulit muka. Setelah kering di muka, warna coklat itu terus berubah menjadi kekuningan.
Tetapi ianya nampak seperti kita memakai bedak sejuk. Boleh diratakan ke muka dengan menggosoknya sehingga rata seperti kita memakai bedak. Adalah lebih baik bagi orang yang berjerawat memakainya dengan tebal di muka pada waktu malam. Seperti memakai MASKER.
Harga : 40g - rm 20
Harga : 110g - rm 30
sms/whatassp : 0177462478
No comments:
Post a Comment