Product

Tuesday, 18 December 2012

Soalan yang sering ditanya pelanggan

Soalan yang sering ditanya pelanggan

Soalan yang sering ditanya oleh pelanggan tentang PURe MARINE COLLAGEN


Q: Kalau orang mengandung boleh makan tak PSPMC, tiada kesan sampingan ke?

A : Boleh sangat-sangat digalakkan lagi mengambil PSPMC untuk dapatkan nutrisi tambahan sambil menyihatkan badan dan mencantikkan diri, malahan ia akan mencantikkan kulit bayi anda.

Q : Saya sekarang mengandung dan tengah makan PSPMC tetapi muka saya masih berjerawat kenapa?
A: Ada 2 kemungkinan:
1.kemungkinanan badan anda tengah mengeluarkan toksin kerana salah satu kesan penggunaan PSPMC adalah menyahkan toksid dalam badan .
2. kemungkinan badan anda tidak memberi tindak balas terhadap PSPMC tetapi menyerapan PSPMC anda disalurkan pada bayi anda. Kekadang apa yang si ibu makan hasilnya tidak pada si ibu tetapi pada si anak yang dikandung.

Q : Ibu yang tengah menyusukan anak boleh makan PSPMC ?
A : Ibu-ibu yang mengandung atau menyusukan mempunyai keperluan yang lebih tinggi bagi iodin sebagai mereka mesti membekalkan kedua-dua mereka sendiri dan anak-anak mereka. Linus Pauling Institute mengesyorkan 220 mcg iodin setiap hari semasa mengandung dan 290 mcg sehari semasa penyusuan. Jumlah ini mungkin berbeza bergantung kepada kesihatan anda dan kesihatan anak anda. Pembekal penjagaan kesihatan anda boleh menyediakan anda dengan cadangan tertentu.

Q : Kanak-kanak boleh makan PSPMC ?
A : Kanak-kanak antara umur 1 tahun dan 14 tahun memerlukan iodin kurang daripada bayi atau dewasa.
-Antara umur 1 tahun dan 8 tahun, kanak-kanak memerlukan 90 mcg iodin setiap hari untuk kekal sihat. Kanak-kanak antara 9 tahun dan 14 tahun memerlukan 120 mcg sehari.
-Bayi memerlukan tahap yang lebih tinggi iodin, walaupun mereka dengan mudah akan mendapatkan ini dari susu ibu, ibu tidak kekurangan. Bayi memerlukan 110 mcg sehari bila dilahirkan hingga berumur 6 bulan . Bayi antara 6 bulan dan 12 bulan memerlukan 130 mcg setiap hari.

Q : Saya dalam masa MENOPAUSE , adakah selamat untuk saya makan PSPMC ini ?
A : Ya , selamat dan disarankan untuk memakan PSPMC ini kerana PSPMC ini menstabilkan hormon bagi masalah yang di alami oleh sesetengah wanita yang dalam proses menopause

Q : Saya dapati PSPMC boleh menghilangkan masalah keputihan?
A : Ya , PSPMC bersifat sebagai ANTIKUMAN dan ANTIBAKTERIA dimana ia menyahkan toksid badan dan menghilangkan semua masalah keputihan

Q: Adakah khasiatnya bertukar sekiranya PSPMC dimakan atau diminum dengan bahan lain?
A : Tidak, khasiat di dalam PSPMC tidak boleh bertukar dengan sekadar campuran lain. Ia hanya boleh ditukar dengan haba yang sangat tinggi kerana ia bersifat PROTEIN.

Q : Yang mana satu betul bagi kuantiti air untuk rebus PSPMC?
A : Bagi saya semuanya betul. Rebuslah PSPMC mengikut kekentalan yang kamu inginkan. ada pengguna lebih suka pekat PSPMC , jadi kurangkan kuantiti airnya. Ada pengguna lebih suka cair , jadi lebihkan kuantiti air semasa rebus PSPMC.

Q : Apa beza PSPMC @ Rumpai Laut yg dijual ini dengan Kolagen yang banyak dipasaran.
A : PSPMC yang dijual ini dalam bentuk bahan mentah, maksudnya ia adalah asli tanpa sebarang bahan kosmetik yang banyak bahan campuran seperti bahan perisa dan pewarna.

Q : PSPMC ini ada kelulusan KKM?
A : Bagi saya PSPMC ini tidak perlu kelulusan KKM seperti mana anda beli ikan masin , masih bahan mentah yang tidak perlu kelulusan KKM, untuk pastikan ia bersih anda perlu cuci sebersih-bersihnya sebelum makan PSPMC.

Q : Berapa lama PSPMC ini boleh bertahan?
A: Selagi PSPMC ini dalam keadan yg bertutup rapat, ia akan bertahan lama sehingga 2 tahun.

Q: Kenapa bila saya mkn PSPMC ini rasa macam nak demam, hidung berair, muka mata jadi gatal-gatal, adakah saya tidak sesuai mkn PSPMC ini?
A : Sebenarnya anda kurang minum air sebab itu sistem badan jadi agak terkejut.

Q: Berapa banyak yang perlu saya ambil air?
A: Sekurang-kurangnye sebanyak 8 Gelas sehari bagi melancarkan sistem perkumuhan dalam badan

Q: Berapa lama nampak kesan?
A: Ia bergantung kepada seseorang individu.
Ada yang nmpak perubahan setelah ambil PSPMC ni selama 2 minggu, nampk perubahannya. Ada setelah sebulan ambil baru nampak perubahanya

Rumpai laut (seaweed)


Rumpai laut (seaweed)



rumpai laut bantu turunkan tahap kolesterol


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rumpai laut memiliki banyak kegunaan untuk dijadikan pelbagai jenis produk. Salah satu daripada kegunaan utamanya adalah sebagai makanan kerana ia dikatakan kaya dengan zat, vitamin dan mineral. Malah di negara Jepun, rumpai laut telah menjadi sebahagian daripada pemakanan penting masyarakat di negara tersebut selama berkurun lamanya.

Ðikenali juga sebagai seaweed atau sea vegetables oleh masyarakat Barat, rumpai laut boleh dijumpai hidup dalam air laut masin dan juga tasik air tawar. Rumpai laut tergolong dalam kumpulan alga. Terdapat beribu jenis rumpai laut yang dikelaskan melalui kategori warna iaitu sama ada coklat, merah atau hijau. Setiap satunya adalah unik, dan memiliki rasa dan tekstur yang berbeza.

Rumpai laut juga turut dituai untuk pengekstrakan alginate, agar dan carrageenan, bahan gelatin yang dikenali sebagai hydrocolloid atau phycocolloids. Hydrocolloid berguna sebagai penambah rasa makanan. Agar pula digunakan dalam pembuatan kek, produk susu dan makanan yang dibentuk. Sementara carrageenan digunakan sebagai kuah dan sos salad, makanan dietitik dan pengawet produk daging dan ikan, tenusu dan makanan dibakar.

Jenis-jenis rumpai laut yang terkenal dari Jepun adalah seperti nori, hijiki, wakame, arame, kombu dan dulse. Nori berwarna ungu-kehitaman yang akan bertukar kepada warna hijau apabila dibakar dan amat popular digunakan dalam membuat sushi.

nori


hijiki


wakame


ogonori


kelp

Kelp pula memiliki warna coklat terang dan warna hijau gelap dan boleh didapati dalam bentuk emping. Ia juga popular sebagai suplemen kesihatan. Hijiki berbentuk seperti juraian kecil pasta keras dan mempunyai rasa yang kuat.

kombu

Kombu berwarna hitam dan didapati dalam bentuk kepingan dan sering kali digunakan sebagai bahan perasa sup. Wakame hampir sama seperti Kombu dan biasanya digunakan untuk membuat sup Jepun yang dikenali sebagai sup miso. Arame berbentuk seperti renda dan keras serta mempunyai rasa manis. Ðulse berwarna merah-kecoklatan dan bertekstur kenyal.

arame ~ dikatakan mampu meningkatkan libido ~

dulse

Rumpai laut tetap memiliki khasiat walaupun diambil dalam bentuk kering, bakar atau ekstrak. Rumpai laut kering ringan sedikit dan mudah untuk disimpan dan dibungkus. Rumpai laut bakar adalah bahan yang digunakan untuk membuat sushi.


aonori ditabur atas okonomiyaki (japanese pancake)

onigiri (nasi kepal dibalut rumpai laut kering)

Khasiat rumpai laut bakar atau kering adalah sama seperti khasiat yang terdapat pada rumpai laut segar yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti besi, magnesium dan karbonat. Perbezaan antara jenis ini adalah apabila rumpai laut itu dikeringkan atau dibakar, bakteria pada rumpai laut sebagai makanan telah dibunuh dan dimusnahkan.

Ekstrak rumpai laut dikatakan tinggi kandungan mineral dan kaya dengan sumber iodine, zink, besi, kalium, tembaga, magnesium dan kalsium. Ðikatakan dengan menambah rumpai kaut dalam masakan mampu meningkatkan jumlah serat dalam makanan yang telah dimasak.

Buang toksin dan bahan radikal bebas

Kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak rumpai laut dikatakan mampu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis kira-kira sebanyak 15%. Pesakit yang mengambil ekstrak rumpai laut selama tiga bulan telah mengalami kemajuan dalam pergerakan dan pengurangan rasa sakit.

Rumpai laut bantu turunkan tahap kolesterol

Ekstrak rumpai laut juga amat baik untuk jantung kerana ia didakwa merendahkan kolesterol dan juga memperbaiki pengedaran darah. Ðikatakan juga menggantikan garam dengan rumpai laut yangtelah dikisar halus dalam makanan amat baik untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.

Mencegah kanser

Pertumbuhan dan penyebaran kanser dalam tubuh juga mampu dicegah jika ekstrak rumpai laut dijadikan sebagai makan seharian.

Meningkatkan metabolisme

Ekstrak rumpai laut dikatakan juga mengandungi alginate, bahan aktif tidak ada rasa dan tidak berbau yang dikatakan mampu meningkatkan metabolisme, sekali gus meminimumkan peningkatan berat badan yang berkaitan dengan makanan berlemak dan berkalori.

Alginate dalam ekstrak rumpai laut juga dikatakan mengikat bahan radioaktif dan logam berat, dan juga membebaskan radikal bebas dan toksin lain dalam tubuh. Bahan-bahan ini kemudiannya keluar daripada tubuh apabila ia dibuang daripada sistem tubuh.

Merangsang sistem pertahanan badan

Ekstrak laut juga dikatakan mampu merangsang sistem imun dan membantu tubuh menentang jangkitan virus seperti herpes. Ia juga amat baik untuk mengurangkan masalah kulit seperti ekzeme dan psoriasis.

Rumpai laut juga dikatakan mengandungi seanol, antioksidan kuat yang lebih berkuasa daripada apa yang terdapat dalam tumbuhan di darat. Antioksidan ini dikatakan mampu merangsang tenaga dan kesedaran mental.

Lignan yang ditemui dalam rumpai laut juga dikatakan mampu bertindak sebagai estrogen lemak dan bersama-sama dengan magnesium ia mampu mengembalikan semula corak tidur dan mengurangkan 'hot flushes' yang berlaku pada wanita menopaus.

Walaupun terdapat banyak kebaikan yang boleh diberikan oleh rumpai laut, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu lagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Monday, 17 December 2012

Shawls 2 sided terbaru dan termurah...limited stok






HARGA RM 35 ONLY....SMS FOR DETAIL 017-7462478 - SUE

SEMI INNER TERHANGAT DIPASARAN

BOLEH DI PAKAI DI DALAM BAJU.. TIDAK MENAMPAKKAN KETIAK

KALAU PAKAI INNER FULL PANAS DAN BADAN LAGI NAMPAK BESAR
...
KALAU PAKAI SARUNG TANGAN JER.. NAMPAK KETIAK LAK... DAN MENCENGKAM DI LENGAN.... PASTU ASYIK MELOROT KAT BAWAH..

INILAH PENYELESIANNYA.... CEPAT- CEPAT

FREE SIZE
HIGH QUALITY COTTON TSHIRT
AVAILABLE IN 40 COLOURS

RETAIL PRICE RM15

RESEPI MASAKAN BERSAMA RUMPAI LAUT

puding strawberrry with pure marine collagen

bahan-bahan
100g rumpai yang direndam semalaman
1 liter @ 1 kotak susu strawberry (saya guna dutch lady)
15 sudu gula (sudu biasa) *boleh adjust ikut tahap kemanisan masing-masing

cara masak
masak 100g rumpai hingga cair dengan 1.5 @ 2 liter air
asingkan daun pandan *kalau masak dengan daun pandan la
pastu masukkan la susu dan gula
pastu kasi sejuk dulu dan simpan dalam peti ais

RESEPI SUP RUMPAI LAUT

Bahan2 :

Sedikit minyak untuk menumis
...Bawang putih
Black paper
Ayam atau daging
Kobis
Suhun
Tomato
Rumpai Laut

* Kuantiti ikut suka nak buat banyak mana

Cara2 :

1. panaskan minyak sikit
2. tumis bawang putih yg diketuk
3. masukkan black paper sket
4. masukkan daging/ayam yg dipotong kecil2
5. masukkan kobis
6. masukkan suhun, tomato n rumpai laut yg dh dibasuh bersih ( potong2 la rumpai laut tu ikut citarasa masing2 )

KOLEGAN RUMPAI LAUT TERBAEK